Jangan Banyak Berdebat Wasiat ke-4 Hassan al-Banna

{ Posted on 5:35 PM by Shoutul Muhajidin }
Janganlah memperbanyakkan perdebatan dalam pelbagai bidang pembicaraan kecuali dalam hal yang penting. Pertengkaran ini semata-mata tidak akan mendatangkan kebaikan, demikian wasiat Hasan al-Banna. Sememangnya, perdebatan lebih banyak mengundang kehancuran kerana pada realiti hari ini, umat Islam terdedah dengan sifat angkuh, kurang ilmu serta tidak menghormati kebenaran. Mereka lebih suka berdebat sekadar menonjol-nonjolkan kehebatan diri. Sedangkan, yang jujur berdebat mengenai hal-hal dasar sangat kurang.

Dalam pada itu, kita lihat ramai sekali yang suka berdebat akan memilih tajuk-tajuk yang ringan, bersifat rantingan dan ini tentunya membuang masa. Sesetengah isu itu sudah lama didebatkan dan ia cuma diulang semula semata-mata mahu meraih publisiti, menonjol-nonjolkan kehebatan diri. Sudah tentulah hal ini membazirkan masa dan pendirian Islam berhubung masa sangat jelas.


"Demi masa, sesungguhnya manusia itu sentiasa dalam kerugian."

Demikian maksud ayat al-Quran yang ringkas dan padat dengan falsafah itu.

Mengundang lebih banyak pertengkaran

Sebenarnya bukanlah Hasan al-Banna tidak menggalakkan debat. Tetapi hampir kesemua debat ini lebih banyak mengundang parah dan bahaya perpecahan. Sebabnya, pihak yang berdebat itu tidak berbahas dengan ikhlas, berhikmah, beradab dan intelektual. Mereka mungkin tidak menjaga lidahnya daripada memaki hamun, mengeluarkan kata-kata kesat dan semua ini akan menyinggung perasaan pihak-pihak tertentu dan akhirnya akan menimbulkan pertengkaran yang berakhir dengan perpecahan. Apabila berlaku lebih banyak perpecahan, maka yang untungnya adalah golongan kuffar yang sentiasa mengintai kelemahan dan meneropong pekung dalaman umat Islam sendiri. Dan, retak-retak perpecahan itulah yang melambatkan kemenangan dakwah Islam.

Hadis yang masyhur telah menyebutkan bahawa umat Islam ini terpecah kepada 73 puak.

"Sesungguhnya Bani Israil berpecah kepada 72 golongan dan umatku terpecah kepada 73 golongan. Semua mereka masuk neraka kecuali satu golongan yang selamat."


Sahabat bertanya: " Siapakah yang selamat itu ya Rasulullah? "

Rasulullah saw bersabda: "Mereka yang mengikuti jalan hidupku dan jalan hidup para sahabatku. " (at-Tirmidzi)

Maka, perpecahan ini disebabkan oleh pemikiran berbeza. Jika mereka berjuang mencari kebenaran dengan kejujuran dan keikhlasan, bertujuan ingin berpandukan jalan hidup dan pemikiran Rasulullah serta para sahabat baginda, maka kemungkinan penyatuan bolehlah dilakukan semula.

Cabaran umat Islam makin berat

Sebetulnya, cabaran umat Islam memang berat dan mereka mestilah cuba mengurangkan ketegangan daripada sudut emosi dan pemikiran. Suatu masa dahulu, umat Yahudi terancam oleh Roman dan mereka telah diperhambakan oleh bangsa Mesir. Maka, dengan ancaman ini, termasuk campuraduk ajaran para pendita yang tidak bertanggungjawab maka mereka terpecah kepada 71 buah golongan.

Umat Kristian turut menerima tempias jarum-jarum Yahudi. Maulana Jalaludin Ar-Rumi lewat kitab Matsnawi menulis bagaimana satu rencana disusun dengan niat mengelirukan aqidah asal Nasrani hingga pada akhirnya mereka berubah menjadi Kristian. Maka bermula saat itu hingga era kegelapan Eropah, Kristian dan Yahudi saling bersengketa sesama mereka.

Akhirnya, Islam tiba di celah-celah sengketa itu. Maka, serangan Yahudi dan Kristian ke atas Islam menyebabkan ancaman ke atas Islam bertambah berat. Ini kerana, umat Islam dikepung pemikiran mereka dan maklumat latar hidup mereka dimonopoli para penjajah yang ada pertalian erat dengan Yahudi dan Kristian. Maka, umat Islam yang sepatutnya memikul amanah sebagai umat pendakwah agama ini ke atas umat lain telah kalah dengan ujian pemikiran kerana sering bersengketa sesama sendiri, dalam mempertarungkan idea antara mazhab. Alangkah baiknya, jika mereka mencuba bidang lain, meneroka bidang lain seperti usaha mengkaji agama-agama lain dan cuba mengheret perhatian penganut agama itu kepada Islam. Maka, debat-debat yang seperti inilah yang mungkin sesuai dilaksanakan.

Debat antara agama atau debat dalam agama?

Di akhir usia dunia hari ini, umat Islam sepatutnya membuat keputusan dengan bijaksana; adakah mereka mahu habiskan masa dengan bertarung idea sesama mazhab dalam Islam, atau menghabiskan waktu dengan bertarung idea bersama penganut agama lain?

Bertarung sesama sendiri, walaupun berlainan mazhab tidak ke mana-mana kerana akhir pada debat itu, kita sendiri mengaku bahawa kita sama-sama menganut Islam yang benar. Maka, tidak berbaloi untuk didebatkan lagi melainkan sekadar memuaskan hati. Dan hal inilah yang mungkin membuang masa, menurut pendapat Hasan al-Banna. Tapi, jika kita mahu manfaatkan masa untuk mengkaji perbandingan antara agama agar dengan itu penganut agama lain dapat menyertai Islam sebagai agama universal ini, maka hal itu tentulah tidak membuang waktu. Sekurang-kurangnya, jika tiada yang menganut Islam selepas debat antara agama-agama itu, setidak-tidaknya kita berjaya membuktikan bahawa Islam adalah agama Tauhid yang masih mempertahan kesucian pengabdiannya berbanding agama samawi yang lain.

Ringkasnya, berdebat dan bertengkar tentang masalah dalam agama Islam itu perlu kita kurangkan kerana ia banyak mengundang keburukan dan perpecahan, sebaliknya debat antara agama samawi lebih berfaedah kerana lebih banyak membawa kebaikan kerana ia termasuk dalam usaha menerangkan kedudukan Islam yang sememangnya tinggi.

Sumber : Harakahdaily.net

Apa Kata Anda ?

{ Posted on 3:14 PM by Shoutul Muhajidin }
Di saat ini, mungkin kita masih lena dibuai mimpi. Di saat ini mungkin kita sedang bersuka ria tanpa mengingati saudara-saudara kita yang sedang berjihad di bumi Palestin. Apabila kita diingatkan dengan perjuangan mereka, di tayangkan dengan klip video yang menunjukkan keperitan mereka dan semangat juang mereka yang tidak pernah padam, kebanyakan dari kita terasa sayu dan simpati dengan nasib mereka yang sentiasa ditindas oleh yahudi laknatullah. Secara tiba-tiba juga semangat kita untuk berjihad berkobar-kobar. Syukurlah, itu petanda kita masih mempunyai secebis nilai iman.

Namun begitu, setakat manakah semangat itu mampu bertahan? Adakah semangat itu mampu terus bertahan dan sentiasa berkobar-kobar? Beranikah kita bangun dan menyahut panggilan jihad untuk menentang yahudi laknatullah apabila kita diseru untuk berjihad? Sanggupkah kita? Mungkin ada di kalangan kita yang mengatakan mereka berani dan sanggup untuk menyahutnya, alhamdulillah, tapi sejauh manakah kebenaran kata-kata mereka itu? Adakah ibarat tin kosong saja?

Allah s.w.t. telah memberikan pelbagai kelebihan kepada mereka yang sanggup syahid mempertahankan agamanya.Sebaik sahaja darah mengalir dari tubuh orang-orang yang berjihad, Allah menghapuskan dosa yang pernah dilakukannya melainkan hutang. Sebaik sahaja dia berada di alam barzakh, rohnya masuk di dalam tembolok burung-burung syurga yang memakan nikmat di dalam syurga.

Sementara itu di hari qiamat kelak dia berkelayakan untuk memberi syafaat kepada 70 orang anggota keluarganya yang dimasukkan ke dalam neraka sehingga mereka dibebaskan semuanya dari azab neraka itu.

Seorang ibu datang mengadap Rasulullah s.a.w. mengadu anaknya syahid di medan perang. Beliau berkata: "Wahai Rasulullah! Saya ingin tahu dimanakah anak saya berada sekarang. Jika saya mengetahui dia berada di tempat yang baik, saya merasa cukup gembira. Jika tidak, saya akan terus menangis."

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Wahai Ibu!
Anakmu berada di dalam syurga firdaus yang tinggi."

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud:

"Kamu tidak boleh mencapai kelebihan orang yang berjuang pada jalan Allah. Dia keluar sepanjang masa. Waktu jaga, tidur, mana lembah yang dituruni, bukit yang d idaki, padang atau tanah rata yang dilaluinya dipenuhi dengan pahala dari Allah SWT.

"Kamu tidak dapat mencapai kurniaan pahala yang diberikan kepadanya itu melainkan kamu bersembahyang tidak henti-henti tanpa tidur, makan, minum dan sebagainya, dan kamu berpuasa tanpa berbuka."

Tiada siapa yang sanggup berbuat demikian. Sebab itu apabila ada seorang sahabat yang musafir berjumpa satu cerun bukit yang memiliki mata air yang tidak pernah kering, rumput menghijau dan tanahnya pula subur, dia berhasrat untuk beruzlah, tinggal bersendirian di situ, beribadat kepada Allah SWT.

Bagaimanapun sebelum hasratnya itu dilaksanakan dia merasakan lebih baik bertanyakan Rasulullah s.a.w. terlebih dahulu sama ada perbuatannya itu diizinkan Allah atau sebaliknya. Lalu dia pulang ke Madinah bertanyakan Rasulullah s.a.w. ;Baginda bersabda yang bermaksud:

"Jangan kamu berbuat demikian. Sesungguhnya kamu berada dalam sesuatu masa ketika menegakkan agama Allah tidak sama dengan 70 tahun kamu berada di situ."

Inilah kelebihan yang diberikan kepada orang yang berjihad. Allah juga berfirman yang bermaksud:

"Allah memberi kelebihan kepada orang yang berjihad mengatasi orang yang berdiam diri tanpa berbuat apa-apa (tidak turut berperang dan tidak ada sesuatu keuzuran) dengan pahala yang amat besar.

Perbezaan antara satu darjat dengan satu darjat yang lain itu ialah antara bumi dan langit. Allah juga berjanji memberi pahala yang sangat besar kerana orang yang berjihad kadang kala teringat kepada anak, isteri, keluarga dan harta sehingga menekan perasaannya di samping menghadapi musuh-musuh yang sentiasa mencari peluang untuk melakukan apa sahaja kepadanya.

Hadis dari Abu Hurairah r.a katanya:


Rasulullah s.a.w. bersabda: Allah akan memberi jaminan kepada orang-orang yang keluar (berjuang) di jalan-Nya. Sesungguhnya orang yang keluar untuk berjihad hanya kerana iman dan ikhlas kepada Allah, maka Allahlah yang akan memberi jaminan untuk memasukkannya ke dalam Syurga atau akan mengembalikannya semula ke rumah, beliau juga keluar dengan mendapat pahala atau harta rampasan. Demi Zat yang jiwa Muhammad berada dalam kekuasaan-Nya. Pada setiap bahagian tubuh yang terluka di jalan Allah akan diperlihatkan oleh-Nya pada Hari Kiamat. Ketika beliau terluka warna darah dan baunya adalah seperti minyak kasturi. Demi Zat yang jiwa Muhammad berada dalam kekuasaan-Nya, jika peperangan itu memang tidak berat bagi kaum Muslimin, sudah tentu aku tidak akan meninggalkan pasukan yang turut berperang pada jalan Allah tetapi aku sendiri tidak mampu memberikan kenderaan kepada mereka dan keadaan mereka sendiri juga seperti diriku yang tidak mampu. Mereka sendiri sebenarnya masih merasa keberatan dan tidak dapat berangkat bersamaku. Demi Zat yang jiwa Muhammad berada dalam kekuasaan-Nya. Sesungguhnya aku lebih suka seandainya aku berperang di jalan Allah lalu terbunuh, lalu aku dihidupkan kemudian berperang lagi dan terbunuh, kemudian aku dihidupkan dan berperang lagi dan akhirnya terbunuh lagi.


Amirul Mujahidin

9.00 pg

14/12/2009


Satu Kedatangan 01

{ Posted on 5:38 PM by Shoutul Muhajidin }

Satu Kedatangan Intro

{ Posted on 5:36 PM by Shoutul Muhajidin }
Related Posts with Thumbnails


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com